Sunday, December 2, 2012

Apa lagi aku nak buat

1 Disember 2012........................
Hari paling bersejarah bagi aku..
Hani wall kat facebook..
" Zura. mesej hani. penting".
Bila aku whats app hani..
hani gtau...
"Zura.. sorry hani menyibuk..
cuma nak cakap pasal bf zura."
aku --> "Hmm. kenapa hani ngan bf zura?"
Hani --> "Lalan.. kwn bbm dia guna gamba bf zura jdik dp bbm dia. so lalan tanya la bf ke? dia ckp aah.. "
Masa baca text dr hani. aq kat atas moto.. Ya Allah.... kuatkan hati aku..
Berikan aku kekuatan nak hadapinya sekali lagi,,,,,
Okay. aku cuba relax..
Aku try call dia.. aku nak jumpa dia. aku nak tanya dedepan sendiri..
Tapi dia tak angkat fon call aq.
dekat 50x bila digertak ngan erny and scha..
baru la dia pick up..

Aku sakit ati ngan dia..
Aku kecewa ngan dia..
Apa dia nak aku buat, aku buat
kenapa dia tetap lukai hati dan perasaan aku.
Aku cuba minta explanation dari dia.
Dia cakap saje nak main2 kan pompuan tu..

Ya Allah.. kenapa kau tak memakbulkan doa aku?
Aku cuma mohon kau lembutkan hati dia,..
Aku tak nak dia permainkan sesiapa lagi..
Andai aku tak mampu membahagiakan dia...
Buang lah rasa cinta aku untuk dia.
Biarlah aku hidup sendiri tanpa dia..

Kalau lah dia tahu betapa hati ni..
Dia takkan sanggup buat aku macam ni.
Tapi, bagi dia. aku yang sering sakitkan hati dia,
Walhal sekalipun dalam perhubungan aku bersama dia.
Aku tak pernah curang
Berniat untuk curang apatah lagi....
Apa salah aku??
Aku add fb ppuan tu..
tp xapprove..

Aku minta shahrul pilih antara aku atau dia..
Shahrul pilih aku..
Okay.. aq sabar. aku terima dengan ungkapan Alhamdulillah.
Tapi, hati aku masih tak berpuas hati..
Mungkin sebab terlalu banyak kali aku tertipu.
Aku mntak tolong kak jah add bb pin yang hani print screen dari bb alan.
Lastly, dia approve jughak..
Malam tu.... aq bbm ppuan tu n explain everything..
Then ppuan tu call aq..
Dia ckp shahrul yang merayu nak kapel...
even dy explain yang dia lagi tua dari dia.
dia cerita yang shahrul cakap kat dia..
shahrul nak kawin 4 tahun lagi.. so, okay la kan if we just kapel..
that girl say. I am 25 now. so, if 4 years later, i will be 29 something.
How can? I da tua time tu...

Aku tengok gambar perempuan tu..
If dia cantik.. mungkin aq redha..
mungkin shahrul pilih dia sebab dia jauh lagi cantik dari aku
tapi, hakikatnya.. aku jauh lagi cantik.
sedangkan aku boleh perasan sendiri. apatah lagi kawan2
tapi.. aku akui dia anak org lord.
maybe sebab tu shahrul nak kat dia kan.
aku bukan sesiapa..
aku berasal dari keluarga biasa.

Aku kecewa sebenarnya dalam hati ni.
Tapi.... jauh dalam sudut hati aku.
aku sayang sangat kat shahrul
Apa lagi harus aku buat untuk kembalikan kejernihan hubungan aku ngan dia?
aku sayang hubungan ni........
malam tu aku gaduh dengan shahrul lagi...
Shahrul whats app..........
S: aku rasa we need a break first,
kita jadi kawan dulu sementara..
Aku : Dengan ego  aku jawab "okay". pdhal.. hati aku dah menangis..
aku tak sanggup kehilangan dia..  tapi.. in the same time. i am really2 tired tuk kejar dia. terhegeh2 pada dia. Aku buang prinsip aku yang tak suka jadi perigi cari timba... semata2 kerana cinta aku pada dia.
Tapi sayang, cinta aku dipersiakan.. Aku cuba kuatkan hati aku..
Shahrul : Masing-masing pkir apa yg masing2 nak,
then decide.. Kalau dalam masa ni ko nak pilihowg len pn terpulang kt ko.
Aku: Okay.. aq nak rest. (Tapi sebenarnya aku nak lari dari dengar lagi benda yang menyakitkan hati, yang menghiris perasaan aku. tapi dia tak berhenti."
Shahrul : Tapi aku janji aku xkan plih owg len dlm mse ney,
Aku: Takyah janji..Itu hak kau.
Shahrul: Suke hati kau nak cakap apa. tp aku mmg janji. Akujuz nak mase tok pkir apa yang aku nak dlm idop ney.
Aku: okay.
Shahrul: Tp klo ko jumpe org yang bole jaga ko and lagi bek dr aq. terima la dia.
Aku: Aku bukan mudah untuk jatuh cinta. ( dia pikir cinta aku ni boleh dijual beli. bole bagi org sesuka hati, cinta aku tak semurah itu, cinta aku cinta bermaruah,)
Dah la, aku penat. aku nak rest
Shahrul: Mana tau ada org yg sudi jaga kau.just 1 aku mntx. jgn buat bnde bukan2. aku tak suka. Ko sendiri tahu apa yang aku tak suka.
Aku: sebab terlalu kecewa.. aku cakap.. " KAU TAKYAH PIKIR PASAL AQ LAGI, KAU PIKIR JE PASAL DIRI KAU,KO JAGA ATY KO TU SNDIRI. CMNE KO BOLE HIDUP HEPI. MACAM TU JUGHAK AKU AKAN HEPI.
Shahrul: "Tolong dgr cakap aku. aku xske ko buat bnde bukan2. aku syg ko.
Aku : Sayang setakat kat mulot. ckop la.. aq doa kau jupe ppuan yang akan jaga hati kau, aq bukan ppuan tu, aq tak mampu nak buat apa yang aq niat.
Shahrul: Ko ni nak putus ngan aku ape?
Aku: Ko yang putuskan aq..Ko yang lepaskan aku,
Shahrul: Aku cakap kita kawan sementara.Aku xckp aku nak putus dengan kau.
Aku: tak sama ke tu? Status ape yang kau bg aku?
Shahrul: Kire cm gantung hubungan ni dulu la.
Aku: aku tergamam,.. sampai hati dia gantung aku.. dia tahu tak gantung lebih sakit dari dilepaskan?
dia sedar tak apa dia buat?? Inikah namanya sayang? dia tak rasa apa yang aku rasa?
tp aku cube kuat. aku jwb "ouh. okay"
Shahrul: Ingat.. jgn buat benda bukan2.. aku tak suka.. just pkir apa kita nak
Aku: InsyaAllah..
Shahrul: Klu ko tak syg aku buatlah..
aku: hmmm
Shahrul: or kau takkan jumpe aku lagi,
aku: takyah nak ckp cmtu la..
Shahrul: Aku SUMPAH aku buat kalau ko wt bnde bukan2 lagi..
Aku: Aku kenal ko. ko takkan buat bnde bodo tuk ppuan macam aku.
Shahrul: Ko yg tak tahu.. mcm2 aku wt tp ko x pnh tau. sbb aq xckp dan x tnjuk kt ko.
Aku; Apenye yg ko buat?
Shahrul: xde ape lah.. jus ingat jgn wt bnda yg aq x ske n bkn2.. or ko takkan jumpa aku lagi... Aku dah SUMPAH.
Aku: InsyaALLAH... sumpah?? jangan buat main sumpah bole x??
Shahrul: Aku tak main2. Aku cakap aku buat.
Aku: Abes ko sumpah kat diaorg tu sume apa pulak?
Shahrul: Aku sumpah ngan sape?
Aku: Wani...
Shahrul: ea. aku tak pernah sumpah pape ngan dia.jgn nak buat cerita.
Aku: Ko sumpah takkan tinggalkan dia.
Shahrul: Aku tinggalkan dia sebab apa? sebab aku sayang kau. ko tau tak?
Aku: tp masa kau ngan dia, kau abaikan aku.. ko lupe kan aku.. aku macam tak wujud.
Shahrul: Da la.. jgn nak tmbah masalah..
dy da xde pape dalam hidup aq...
Aku: da la.. aq nak rest. plz gve me some rest. aq da xlarat ni. ko tahu kan aq sakit.
Shahrul: Ingat apa aku ckp td,, jgn lupa makan.Ingat. kalau ko buat.. aq akn wt gak.
Aku: ko nk wtpe. aq buat un ko xkan tau la..
Shahrul: same gak. kalau aq wt ko takkan tau,
Aku: mne kau tau apa jadi kat aq..
Shahrul: Wat la kalau ko xsyg aq.

lepas tu aq terus tak rply sbb aq dah taktahan sakit kat hati..
satu malam aq tak tidur.. pikirkan dia.. mimpikan dia tiap kali tidur.
asyik menangis fikirkan dia..

Hari ni..2 disember....
Aku asyik on whats app aq tgk bila dia last tgk whats app..
Dia asyik online. tp kejap2...
hmm.. :( dlm hati aku. dgn siapa dia whats app..
dia ade org baru lg ke??
Ya Allah.. sampai bila dia nak kekal macam ni??
kenapa dia tak pernah nak berubah??
kenapa Ya Allah..
Adakah aku dan dia memang tidak pantas bersama???

Dr pg smpai ke malam.. aku tak dpt tidur. tidur skejap mmpikan dia..
Jam 9 malam.. dia whats app aq..
Shahrul:" Aq tgk dr pgi td asyik on9 je ko.
ko chat ngan spe?"
Aku: "ngan zaza. ngn mia."
Shahrul: "Yea la tu.. dr pg.. ko nmpk aq online. ko trus off kan.
Aku: mana ada.. aq discuss assimen je an.

then.. aku suruh dia tarik balik sumpah semalam....
Aku ckp : BOLE KAU TARIK BALIK SUMPAH KAU SEMALAM TU?? TAK ELOK MAIN SUMPAH.
Shahrul: Biarlah.. npe? Ko takot?
Aku: Aku cuma takot kau dimakan sumpah...
aq tau sume . dyla col aq da smalam. dy cter segalanya.
Shahrul: ap dy ckp..
Aku: ko syg aq konon?? ko marah2 aq.. tp ko pjuk spanjang hari.. what the....
Shahrul: aku pjuk dia? aku pjuk ape?
Aku: mana lah aku tahu kau. dia nk bg aq pr screen. tp aq xnk.. aq x sggup nak baca. aq takut aq xley handle..
Shahrul: Aku tak tahu lah nak wt pe lagi kat ko nak wt ko puas aty. Aku pnt tau tak hdup cmney. x abis2 ngan masalah. bnda dank sttle ko tmbh lg mslh bru,
Aku: ko yg xpnh ade mse tuk aq.. aq xmarah. aq okay...
Shahrul: Aq xde mse tuk ko??
Aku: mmg la,, ble aq ajak ko kua.. ko ckp.. pnt trening.. tp ppuan tu ajak kua.. lepas trening pun kau snggup. aku ni siapa??
Shahrul: bila aq sllu de mse tuk ko, ap ko wt kat aq. ko tau ape sbb aq xnk jupe ko. sbb tiap kali jupe msti gado
Aku: aq buat2 merajuk pun ko nak pkir bnde tu bsr asal?? ko cm x kenal aq an.. merajuk aq pnh ke lama?
Shahrul: aq xpnh curang ngan ko sblum bnde ni jadi. sblum ni aq xpnh kua ngn ppuan len. lps stu stu hal bru aq buat prngai lama aq balik,
Aku: sbb ko buat prngai ko la jdi cmni. ko phm x. spptutnya bnde ni bwk discuss. bukan terus lri dr msalah mcm kau buat ni. da la.. aq nak wt asimen, nite.

Sunday, November 18, 2012

CINTA TAK SEMUA INDAH

Generalnya,......
cinta tu memang ada kan kat semua orang.
tapi xsemua orang pandai hargai cinta yang ada.
Tapi.. wahai manusia...
pernahkah engkau terfikir..
bagaimana rasanya orang-orang yang mencintai tanpa dicintai??
Pernah kah engkau fikir bagaimana kanak-kanak kecil yang tidak pernah merasakan apa itu cinta?
apa itu kasih sayang?
Jadi, kenapa kita sebagai manusia yang sempurna..
yang mampu mencintai dan dicintai..
tidak pernah menghargai cinta yang ada itu?

Tapi dalam kisah cinta aku...
Aku tak tahu siapa yang bersalah,,
Adakah aku?
Ataupun dia....
Atau pihak ke tiga?

Aku...
mungkin kah cinta aku tidak cukup sempurna untuk dia?
Adakah aku tidak seperti mana yang diinginkannya?
Aku mencintai tulus dari hati wlau berkali-kali kau acuh belati tajam..
Pernah kau sedari...
Andai kau hanya ingin menyakiti hati aku..
Tak pernah kah kau terlintas di benakmu..
Apakah salah gadis ini perlu aku siksa hati dan perasaannya?
Pernahkah kau fikir...
Kejamkah aku menyakiti hati dan perasaan dia?
Kau manusia sayang....
Dimana rasa cintamu,,,
Dimana rasa kasihmu..
Dimana belas kasihanmu...

 Andai bukan salahku....
Mungkinkah kerana hati....
Hati kau yang tidak bisa untuk menerimaku...
Aku redha....
Walau ia terlalu perih utk aku telan,
Selagi aku mampu menelannya,,
Aku akan..
Kalau itu mampu membuktikan keikhlasan serta ketulusan aku padamu.

Aku takkan berhenti berdoa..
dan akan terus berdoa..
agar Allah membuka pintu hatinya
agar dia menyedari dan mengikhlaskan segalanya..

Ya Allah ya tuhanku..
aku telah berusaha untuk bersabar dengan segalanya
dan menerimanya dengan hati terbuka,.

Hari ini.. aku pasrah...
Aku redha dengan segalanya..
Semoga engkau membuka jalan buatku.
Agar aku temu jalan yang terbaik buatku....

Robbanaatinafiddunyahasanah.wafilakhiratulhasanah.wakinaazabannar...wasalallahualaihisaidinamuhammad.
waalaalihiwasohbihiwassalam.....

amin amin amin ya robbal al amin.


Thursday, July 19, 2012

TOLONG LAH SAYANG. ...

6 BULAN...........
Aku sebenarnya menunggu ungkapan
"HAPPY ANNIVERSARY SAYANG!"
dari engkau,..
Tapi hakikat yang harus aku telan.,,,,
Nothing.
Kau tak ingat, Kau tak ungkap.
Aku diam. Aku sabar, Aku kecewa
Kau tahu tentang semua itu?
Tak,....
Sebab kau tak pernah pedulik hal aku.

KEKASIH..............
Aku rindu ungkapan cinta dan sayang kau
"BABY.. JANJI SETIA DENGAN B YER?"
"BABY.. I HEART YOU TAU!"
Semua ni.. semuanya aku rindu..
Aku rindu semua kenangan lama kita
Aku rindu ungkapan "MORNING,GOODNITE"
dr kau.
Aku rindu kata-kata semangat dari engkau..
Tapi apa makna rindu ni buat kau..
NOTHING..
sebab aku tak tahu siapa aku kat hati kau.

RAHSIA...................
Dulu kau pernah cakap kat aku.
"BABY, PENAT MACAM MANA PUN B.
B NAK BABY LUAH SEGALA MASALAH,
B XNAK ADA RAHSIA ANTARA KITA.! "
Perhatian yang aku perlu dari kau.
Semua nya kau bagi.
Tiap masa aku perlukan kau..
Kau sentiasa akan ada..
Tapi apa makna semua ni?
PENIPUAN...
terima kasih sebab biarkan aku derita.

CINTA..................
Dulu kau pernah cakap kat aku.
"SAYA SAYANG AWAK DAN NAK AWAK JADI ISTERI SAYA"
Segala kemanisan ni.
Berlalu pergi buat kau.
Kau mencurangi aku.
Dan aku terus berdiam diri.
Even aku tahu kau memang mencurangi aku.
Di Fb, di BBM.
Kau tau apa hati aku rasa?
KECEWA.......
Aku hargai kekecewaan ini.

KESABARAN..............
Dulu kau pernah cakap.
"AWAK SABAR SIKIT YER SAYANG.. "
Aku kuat kerana kata-kata ini.
Kau kata kereta ada untuk lebih senang bertemu dengan aku
Hujan atau apa kau boleh jumpa aku.
Aku kuatkan hati aku ke tahap ni.
Tapi apa balasan buat aku?
PENIPUANMU........
Aku hampa dengan sikapmu

TAPI SAYANG...................
Aku terlalu polos.
Aku terlalu naif..
Aku serah cinta dan hati aku hanya untuk kau.
Aku berpegang pada janji aku.
Yang aku pernah cakap dulu,
"B. BABY JANJI TAKKAN TINGGALKAN B."
Aku makan janji aku sendiri,
Sehingga aku hilang semangat diri,
Apa balasan yang ku terima.
KECURANGANMU..
Aku terlalu bodoh untuk mencintaimu...

Sampai sekarang.
Aku masih terus memberi peluang.
Agar kau berubah.
Seperti yang kau ingin cuba lakukan.
Aku kuatkan hati,
Tabahkan semangat
dan cekalkan diri,
Untuk terus bersemadi bersama denganmu
Tapi sampai bila aku akan mampu?
FIKIRKAN LAH SAYANG.........
Aku masih sayang dan cintai kau.
Sedarlah. sedarlah sebelum segalanya kelat.
Bila tiba detik itu,
semuanya sudah terlewat....

DEDIKASI KHAS BUAT LELAKI YANG BERTAKHTA DI HATIKU.
MR.SAA

Friday, June 29, 2012

FORMULA-FORMULA KEJAYAAN

Dipetik dalam buku istimewa untuk wanita
"MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA"

"suasana rumah yang sunyi dari gurau,
senda di dalamnya merupakan sebuah rumah
yang mudah menangis"

- Formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya
- Formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketakwaan
- Formula untuk mendapat syurga adalah tauhid
- Formula untuk mendapay iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-makhlukNya
- Formula untuk mendapat kebaikan adalah kejujuran
- Formula untuk mendapat hati yang hidup adalah merenungkan al-Quran, beroda pada waktu malam dan meninggalkan perbuatan dosa.
- Formula untuk mendapatkanilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dengan baik
- Formula untuk mendapatkan pertolongan dan keberhasilan adalah sabar.
- Formula untuk mendapat kebahagiaan adalah takwa
- Formula untuk mendapat bertambahnya nikmat adalah dengan mensyukuri nikmat yang sedia ada.
- Formula untuk mendapatkan perasan rindu kepaada akhirat adalah menjaga jarak iaitu zuhud dengan dunia
- Formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa.

PEDOMAN HIDUP HARI INI :

" Senyuman itu sebenarnya merupakan pantulan tidak langsung dari sinaran matahari.
Oh Tuhan, berilah kami rahmat iaitu kasih sayang dari sisi-Mu."

Wednesday, May 30, 2012

Kehidupan tanpa engkau

Da nak masuk 6 bulan "IN RELATIONSHIP" ngan kau,
Aku semakin biasa hidup tanpa kau.
Bukan salah aku,
Salah kau,.
Kau yang ajar aku untuk biasa hidup tanpa kau.
Sekarang aku dah mula sangat2 biasa.
Engkau ada atau takde seperti sama je
Cuma aku tak nafikan yang aku rindu kau,
Orang yang selalu temani aku.
Tapi smua tu dah tak bermakna lagi.
Keputusan ditangan kau.
Aku tak mampu nak buat pape.

Saturday, May 19, 2012

Maafkan Aku Hubby.

Hubby,
Aku terpaksa biarkan engkau,
Aku bukan sengaja nak lukakan kau
Tapi
Aku cuma nak cari sedikit kegembiraan untuk hati aku sendiri,
Aku tak nak terluka lagi.
Aku akui cinta aku hanya untuk kau
Tapi,
Aku tak nak di permainkan oleh perasaan aku sendiri lagi
Aku taknak jugak kau terus permainkan perasaaan aku.
Kau bermain tarik tali dengan aku
Janji kau padaku cuma ibarat kat-kata yang lelah di tolak angin
Aku bukan sesiapa mungkin di hati kau
Mungkin aku hanya sandaran buatmu
Aku manusia biasa Hubby
Aku perlukan kasih sayang dan belaian
Aku nekad tuk teruskan hubungan ini
mengikut rentak dan cara kau
Apa kau buat padaku,
Sebegitu juga aku lakukan padamu,
Itu mungkin cara terbaik untuk kita,
Aku mungkin takkan tinggalkan kau selagi aku mampu bertahan
Tapi..
Sampai bila?
Sampai bila aku akan mampu??
Sampai aku mati dalam cinta aku sendiri?
Maaf kan aku andai satu hari nanti aku akn terpaksa melukakan hatimu sayang..
Baby minta maaf!!
Bukan niat baby..
Tapi,
Baby perlu sebab baby nak Hubby sedar
supaya hubby tak lakukannya lagi.
Walau bukan dengan baby,
tapi baby nak hubby tahu,
Hati dan perasaan yang tulus dari seorang perempuan bukan hanya satu permainan..

#MAAFKAN BABY HUBBY...!!!!!
I LOVE YOU SO MUCH BUT...............................................
I MUST TRIED TO FORCE MYSELF TO STOP FROM THINKING BOUT YOU
THE MAN WHO NEVER THINK ABOUT ME..
COZ I MUST BE AT PAR WITH YOU
I MEANS IN YOUR HEART,...............................

Tuesday, May 15, 2012

SAYA AKAN CUBA UNTUK JADI LEBIHBAIK BUAD AWAK

Okay.
Today is a new started for us.
Walaupun belum jumpa awak lagi lepas awak balik KL
Saya dah tanamkan azam baru,
Saya tahu yang saya bukan yang terbaik awak pernah ada
Tapi saya akan berusaha untuk jadi yang terbaik buat awak
Sebab.....

1. Saya cintakan awak
2. Saya sayangkan awak
3. Saya ingin terus bersama awak
4. Saya tak nak kehilangan awak
5. Saya nak membahagiakan awak
6. Saya nak awak hargai cinta kita
7. Saya nak hubungan kita lebih ceria
8. Saya nak hubungan ni tanpa prasangka

Segala yang saya buat adalah semua nya hanya untuk awak.

Macam dalam keyboard ni,
kenapa I DAN U bersebelahan
Ini adalah sebab I DAN U is in love.
Like us.
I will always want to beside you
Because I LOVE YOU..

 memory indah buad saya : 13hb May 2012 : stadium Hoki mbmb bukit serindit Melaka
TAHNIAH hubby sebab awak dan pasukan project 2013 telah mencatat sejarah untuk memenangi Tournament Hockey Asia Cup dan menang 2-1 menentang Pakistan..
N hari ni juga hari yang indah sebab saya dapat bermesra dengan mak awak..I admitted that she is a SuperMOM for you..