Hmm.. tanggal 19 / 10 /2015 membuka seribu luka yang telah lama tidak aku rasakan..
Semua kerana laman sosial yang kian canggih..
Semua angkara Beetalk..
Aku tertipu lagi dan lagi.
SEMINGGU SEBELUM ITU,
Kak eisya bgtahu yg b ada add dia kat beetalk,
bila tanya bf zura dy terus delete kak eisya..
Namun, tanggal 19/10 aku mendapat kebenaran itu,
Benar kata kak eisya...
Bf zura punya beetalk nama shahzeofficial..
pakai baju polo seluar pendek..
tapi b cakap xpun. dia add budak GMC je..
aku dengan bodoh percaya..
Rupanya dia ada 2 acc beetalk, satu guna no dia, satu guna no mak.
Bila aku paksa bukak acc beetalk lagi satu tu, that ShahzeOfficial.
hmm. ternyata dia masih sama yang dulu..
Hati aku sakit.. sakit yang teramat sangat,
cuma Allah yang tahu macam mana perasaan aku detik dan saat itu...
Benar gerak hati aku, dia sudah mula bosan tentang hubungan ini.
Ya Allah, aku mohon padamu.
Jika dia bukan jodoh aku.
buang lah segala perasaan sayang, kasih yang ada buatnya
temukan aku dengan pemimpin abadi untuk hidupku.
Aku sudah tidak rela terluka,
Aku sudah tidak rela menangis...
Aku sudah tidak mampu kecewa..
Seboleh nya dia berdalih untuk meletakkan kesilapan itu pada aku.
Katanya sebab dia sakit hati aku ada acc beetalk..
Tapi ternyata dia tidak mampu mempersalahkan aku..
Walhal aku buat beetalk selepas dia belikan aku iphone, means awal october.
sedangkan dia pos buzz kat beetalk bertarikh 18 SEPTEMBER 2015.
Kejam nya awak b..
sampainya hati awak lukakan hati saya sekali lagi,
Bagaimana caranya untuk aku percaya, untuk aku melupakan
kiranya khilaf itu kau lakukan berulang kali?
Salah aku kah jika aku tidak mampu melupakan segala yang telah terjadi ini?
Apakah yang perlu aku lakukan untuk membuka matamu tentang semua ini?
Kadang-kadang saya berharap saya kemalangan dan hilang ingatan..
Agar saya boleh lupa segala kepahitan cinta..
memori semalam..
semoga aku mampu membuka lembaran baru untuk aku bahagia
Tapi,, bagi aku...
aku perlukan dia untuk bahagia..
Aku buntu Ya Allah. apa yang perlu aku lakukan..
Di mana silap aku ..
salahkah aku mencintai dengan tulus?
salah aku kah menyayangi dengan luhur?
Berikan aku hidayahmu Ya Allah.
agar aku temukan jalan yang terbaik untuk diri ini..
beberapa bulan lagi menjelang hari pertunangan kami..
segala persiapan sudah hampir terlaksana.
Namun, inikah ujianmu.?
Inikah yang harus aku lalui..
Perlukah aku teruskan atau aku tamatkan segala...
Seharian aku dipejabat tetapi cukup sekadar jasad yang berada disni..
Tetapi khayalku hilang entah kemana..
mencari dimana silapku dalam perhubungan ini..
Hampir setiap orang bertanya tentang kesihatan aku hari ini ..
pucat.. putih dan sebagainya.
Aku tidak peduli. alangkah indah jika ingatan ini kau ambil Ya Allah..
Dah cukup lama aku tak merasa sakit seperti ini..
sehingga bengkak didadaku kerana terlalu tertekan dengan segalanya.
aku tidak tahu di mana pada siapa yang harus aku ceritakan
Yang mampu aku luahkan hanya lalu linangan air mata yang menitis di pipi
yang dibawah dari benak hatiku yang sedang kecewa.