Monday, July 15, 2013

SEKALI LAGI LUKA TERTUSUK DI HATI KU..

Ramadhan kedua bersamamu...
Ku fikir akan menjadi lebih ini dah dari ramadhan yang pertama,
Namun ku hampa..
Ramadhan kedua ini lebih menyakitkan buat aku..

Awak... kenapa awak tegar menyakiti hati saya?
Awak... bodoh ke saya sebab sering memberi peluang buat awak?
Awak....bodoh ke saya sebab yakin yang awak akan berubah?
Awak... bodoh ke saya sebab saya terlalu menyayangi awak?
Awak.. bodoh ke saya sebab saya percaya pada awak?
Awak... hina ke saya sampai awak lukai hati saya sebegini rupa?
Awak... tak cukup lagi ke kesabaran saya untuk awak?
Awak... tak cukup lagi ke segala pengorbanan saya untuk awak?

Awak...
saya tahu saya tak sempurna.
Saya juga tahu saya hanya perempuan biasa.
Saya tiada rupa, saya tiada badan secantik model.
Saya tiada harta yang mewah,  saya hanya gadis biasa.
Saya hanya punnya impian,
saya hanya punya harapan
saya hanya punya keinginan
saya hanya punya hati
saya hanya punya keikhlasan
saya hanya punya kesabaran....
dan segala yang saya punya..
adalah untuk kebahagiaan kita bersama

Tapi awak.....
kenapa awak hancurkan impian saya?
kenapa awak buang harapan saya?
Kenapa awak sekat keinginan saya?
kenapa awak lukai hati saya?
kenapa awak tarah keikhlasan saya?
kenapa awak kikis kesabaran saya?
kenapa semua ni awak lakukan...
Kalau benar awak hanya menyayangi saya....

Awak....
jika benar awak sayang saya.
Jika benar awak perlu saya..
Jika benar awak inginkan saya..
Jika benar awak cintakan saya..
jika benar segala yang awak katakan..
kenapa semua ini terjadi??
kenapa mesti awak punya wanita lain?
kenapa awak tidak mampu untuk setia?
kenapa awak tidak mampu menjanjikan keikhlasan.?
kenapa awak tidak menjadikan harapan dan impian itu kenyataan?
Kenapa awak hilangkan segala tahap kesabaran yang saya ada?
Kenapa mesti awak sakiti hati saya?
Kenapa awak, kenapa??

Saya tahu saya pernah berjanji saya tak akan tinggalkan awak.
Tapi awak juga perlu tahu awak pernah berjanji yang awak tidak akan sakiti saya lagi.,
Tapi kenapa? kenapa awak tetap melakukan perkara yang menyakiti saya?
Kenapa sukar untuk awak jujur dan setia dalam perhubungan ini?
Kenapa awak sukar untuk menyerikan hubungan ini?
kenapa awak..kenapa?? tolonglah jawab kepada saya,...

Bila saya putus asa dengan awak..
kenapa awak selalu merayu pada saya?
kenapa awak selalu minta saya beri awak peluang?
dan kenapa peluang yang saya beri awak sentiasa sia-siakan?
Jika awak tidak perlu saya lagi...
lepaskan saya dengan baik caranya..
jangan hiasi hidup saya dengan cinta yang penuh sandiwara.
saya juga ingin bahagia,,
biar saya sakit hari ini,
dari awak cipta luka yang semakin dalam di hati saya...

Awak....
saya bukan malaikat..
saya bukan nabi
dan saya juga bukan bidadari...
saya tak mampu untuk tahan segala perih ini seorang diri..
Kenapa awak datang memberi harapan dan awak datang mengambil harapan itu
Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan segala isi hati.,
Saya tidak percaya pada sesiapa...
saya tidak mahu membuka aib kekasih saya sendiri,,
Tapi saya manusia biasa,,
saya tak mampu memendam segala perasaan pedih ini seorang diri,
Saya tidak langsung berniat untuk menjatuhkan awak...
Tidak langsung berniat untuk membuat awak terluka..
tapi saya kalah dengan hati dan perasaan saya sendiri.

Kenapa sakit yang saya rasakan ini?
Kenapa senyuman yang awak hiasi pada saya menjadi airmta yang melimpahi pipi?

Awakk......
Kalau awak di tempat saya...
Adakah awak akan memaafkan saya jika.....
Saya curangi awak?
Saya tipu awak?
Saya tidak jujur pada awak?
Saya tak hargai awak?
Saya bersandiwara untuk mencintai awak?
Saya melayan lelaki lain dengan mesra seperti awak?
Adakah awak akan masih menerima saya?
Adakah awak akan ikhlas menerima saya walau saya lakukannya?
Pasti tidak...

Awak .....
Pernahkah awak terfikir apa yang awak akan rasa jika awak ada di tempat saya?
Pernahkah awak gambarkan apa yang awak bakal lakukan jika semua ini berlaku pada awak?

Satu sebab saya masih memberi awak peluang walau berkali-kali awak dah hampakan saya dan peluang yang saya beri..
Hanya satu sebab..
Hanya satu..
hanya kerana saya terlalu menyayangi awak...
dan hati saya tak pernah terfikir untuk meninggalkan awak
mahupun cuba mencari yang lebih sempurna..
kerana saya ikhlas terima awak seadanya awak...

Tapi awak..
saya merayu..
berhentilah dari menyakiti hati saya...
Saya wanita yang lemah..
punya hati yang sangat lembut..
Janganlah awak hancuri cinta suci ini..
Sedarlah... jangan biarkan hati yang bersih ini menjadi kotor..
kerana pengalaman pahit yang awak lemparkan pada saya...



No comments:

Post a Comment